Kanak-kanak 5 tahun cedera parah diserang lebih 30 ekor kera di Kuala Krai

Kanak-kanak 5 tahun cedera parah diserang lebih 30 ekor kera di Kuala Krai.

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun cedera dan menerima 30 jahitan di beberapa bahagian badan akibat diserang lebih 30 ekor kera di hadapan rumahnya di Kampung Melati, Jirat Cina Kuala Krai, Kelantan, semalam.

Mangsa, Che Mohamad Harith Maliq Abdul Rahman, ditemukan ibunya, Norzila Mat Zin, 33, di hadapan rumah dalam keadaan berlumuran darah dan cedera di betis, paha dan bahagian badan.

Akibat kecederaan parah itu, mangsa terus dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, untuk menerima rawatan.

Saksi, Che Hasmani Che Mat, 51, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang apabila kanak-kanak berkenaan bermain seorang diri di hadapan rumah.

“Kera tu memang hari-hari datang ikut sini dan memang ramai, apabila sekali datang tu dia serang secara beramai, tapi main setakat sinilah, mereka akan keluar masuk namun tidak pernah serang orang,hanya serang makanan dan apabila mereka datang agak-agak dalam 30 ekor,” katanya.Sementara itu, jiran mangsa, Siti Aishah Awang memberitahu, kumpulan haiwan berkenaan telah berada di kawasan penempatan mereka sejak dua tahun lalu namun tidak pernah menyerang manusia.

“Kejadian kelmarin, dia ada panggil kami. Dia dukung anak dia ni dan bungkus dengan baju.

“Cepat-cepat dia panggil..moksu moksu Harith ni kena gigit dengan kera..luka tu banyak,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Tualang, Zulkhairi Mohamad Ghazi berkata, laporan mengenai kejadian itu telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan penduduk masih menantikan tindakan daripada pihak berkenaan.

Baca Lagi:Pengacara WHI dikecam tidak reti siang ikanMayat bayi berbalut tuala ditemui dalam tong sanitasi bersama nota ‘minta maaf’Hanya kerana lambat buat air teh, suami tetak leher isteri dengan pedang

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments