Tetamu hotel terkejut dikenakan caj RM2,000 kerana merokok dalam tandas di bilik hotel

Tetamu hotel terkejut dikenakan caj RM2,000 kerana merokok dalam tandas di bilik hotel

Menginap di hotel sepatutnya menjanjikan ketenangan yang bakal meninggalkan memori dan pengalaman indah.

Namun pengalaman seorang tetamu yang menginap di sebuah hotel bertukar menjadi mimpi ngeri apabila pihak premis secara tiba-tiba mengenakan caj tambahan selepas mendaftar keluar.

Lebih mengejutkan, bayaran dikenakan itu adalah sebagai denda kerana didakwa menghisap rokok di bilik hotel yang tidak dibenarkan merokok.

“Pihak hotel mengenakan caj ke atas kad kredit saya sebanyak RM2,000 dengan menuduh saya merokok di dalam tandas.“Kejadian hanya saya sedari selepas dua hari, ada penolakan pada kad kredit saya. Pihak hotel hanya menunjukkan bukti selepas dua hari diasak,” katanya dengan nada kesal menerusi satu hantaran di grup Facebook.Menafikan melakukan perbuatan itu, tetamu berkenaan menjelaskan bahawa ketika kejadian, dia sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital berhampiran.

“Kejadian berlaku setelah saya selesai daftar keluar daripada hotel. Pihak hotel tidak memaklumkan apa-apa berkaitan dan hanya menunjukkan bukti selepas dua hari.

“Boleh ke pihak hotel kenakan caj ke atas kad kredit tanpa memaklumkan saya dahulu?” soalnya yang memuat naik gambar dipercayai habuk rokok di lantai tandas di bilik hotel.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, tetamu itu menegaskan dia tidak merokok pada hari kejadian atas faktor kesihatan.

“Saya tidak boleh merokok sebab kena puasa selama lapan jam sebelum medical check up.

“Saya check out hotel pukul 8.40 pagi, dan 8.55 pagi saya sedang medical check up,” ujarnya yang bertanyakan sama ada dia boleh membuat tuntutan di tribunal pengguna.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan lokasi hotel sebagaimana yang didakwa.

Malah menurutnya lagi, tiada sebarang insiden berlaku sewaktu dia menginap di hotel tersebut sehingga selesai mendaftar keluar.

Kalau merokok di bilik non smoking, memang kena denda. Tapi merepek pula denda sampai RM2,000.

“Semua ni berlaku selepas saya tidak lagi berada di hotel berkenaan,” katanya yang mengulas pertanyaan netizen mengenai kemungkinan berlaku sistem penggera kebakaran berbunyi dan mendapati terdapat habuk rokok di dalam bilik hotelnya.Rata-rata netizen turut mempersoalkan sama ada caj boleh dikenakan pada kad kredit tetamu tanpa pengetahuan pemiliknya.

Segelintirnya juga menyarankan tetamu itu mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung pihak hotel sesuka hati mengenakan caj RM2,000 atas dakwaan menghisap rokok di bilik penginapan.

“Jangan bagi muka. Amboi senang-senang debit kad sampai RM2,000. Kalau aku pun mengamuk. Ingat RM2,000 tu RM20 agaknya.“Boleh buat saman ke atas pihak hotel tu sebab buat caj tersembunyi tanpa persetujuan.

“Ada sesetengah hotel memang tak boleh merokok. Tapi biasa ada dua jenis bilik iaitu boleh merokok (smoking) dan tak boleh (non smoking). Kalau merokok di bilik non smoking, memang kena denda. Tapi merepek pula denda sampai RM2,000.

“Gila punya cara hotel, makan duit orang selepas dua hari baru caj kad kredit pelanggan,” komen netizen.

Baca Lagi:‘Saya cakap telur mata asing bukannya telur dengan mata asing’Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19Lelaki transgender insaf, tidak mahu lagi jadi perempuan selepas tonton filem Seksa Neraka

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments