Suami temui mayat isteri dibunuh, leher dikelar, tapak tangan hampir putus dalam ladang sawit

Suami temui mayat isteri dibunuh, leher dikelar, tapak tangan hampir putus dalam ladang sawit.

Seorang wanita ditemukan mati dengan kesan kelar di leher dan tetakan pada seluruh bahagian badan dalam kawasan belukar ladang sawit Kampung Ulu Bambangan dekat Membakut.

Mayat wanita warga Filipina berusia 43 tahun itu ditemukan ahli keluarganya semalam sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang ketika keluar ladang sawit tempatnya bekerja.

Beliau berkata, suami mangsa kemudian mencari isterinya sebelum menemui sehelai seluar warna hitam milik wanita itu di tempat kerja suami mangsa di kebun sawit yang sama.

“Ahli keluarga seterusnya berusaha mencari mangsa di sekitar penemuan seluar itu sebelum menemui mayat mangsa dalam belukar berhampiran.“Ketika ditemui, ada kesan kecederaan tetakan di beberapa bahagian badan mangsa,” katanya.Ismail berkata, pemeriksaan dan siasatan oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati tapak tangan sebelah kanan mangsa hampir putus.

“Selain itu, kesan luka bahagian dahi sebelah kanan dan kesan kelar di bahagian leher yang dipercayai kesan kecederaan akibat ditetak dengan senjata tajam.

“Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Filipina berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang kini direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Ismail berkata, usaha mengesan suspek lain giat dijalankan dengan bantuan Unit Siasatan Khas (D9), Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik IPK Sabah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Baca Lagi:Wanita terkejut runner di Kelantan caj RM50 servis hantar makanan, alasannya buat ramai marahBintang muda biliard negara maut kemalangan, kereta dinaiki bersama ahli keluarga terbabas‘Saya cakap telur mata asing bukannya telur dengan mata asing’

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments