Ular sawa batik nama ‘Cik Kiah’ berat lebih 220kg ditemui mati

Ular sawa batik nama ‘Cik Kiah’ berat lebih 220kg ditemui mati.

Ular sawa betina dengan berat lebih 220 kilogram yang diberi nama ‘Cik Kiah’, ditemukan mati di sini, semalam.

Pemiliknya, Mohd Redzuan Abdullah Zawawi, 39, berkata, dia menyedari Cik Kiah sudah tidak bernyawa ketika mahu melakukan pemeriksaan rutin, kira-kira 10 pagi.

Mohd Redzuan berkata, Cik Kiah adalah daripada keluarga Malayopython reticulatus atau reculated python iaitu ular sawa batik saiz seakan anakonda.

Katanya, ia adalah antara sembilan ular sawa pelbagai genetik yang dipeliharanya dan mungkin paling besar di Asia, dengan panjang sehingga hampir tujuh meter.

“Saya pelihara Cik Kiah sejak lebih 20 tahun lalu, sehingga semalam, ia mati secara tiba-tiba.“Memang sejak dua tiga hari lalu, badannya seperti tidak sihat, sehingga pagi semalam saya pegang Cik Kiah dan mendapati ia sudah tidak bergerak, manakala perutnya seakan kembung.“Saya anggap Cik Kiah macam anak sendiri, namun saya reda apabila hayatnya berakhir pada usia berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harian Metro pada Jun tahun lalu pernah melaporkan mengenai kisah Mohd Redzuan yang memelihara haiwan eksotik berkenaan di sebuah rumah yang disewa khas.

Cik Kiah adalah ular yang paling disayangi berikutan mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana dengan haiwan itu, dia mula belajar membela ular sawa.

Mohd Redzuan berkata, Cik Kiah tidak pernah mencederakannya, malah sejak berita mengenainya dilapor beberapa media dan tular sebelum ini, rezeki dia dan keluarga juga ‘mencurah-curah’.

Katanya, pada masa ini, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dimaklumkan mengenai kematian ular sawa itu dan mereka dijangka ambil Cik Kiah dalam tempoh 14 hari bagi diawet bagi disimpan.

Baca Lagi:Penangan sardin masak kicap, wanita ini menjadi popular sekelip mata di TikTokNama dipetik warganet kes ahli perniagaan hilang cincin bernilai RM3.73 juta di Paris, ini respons Vivy YusofMurid 12 tahun diliwat 30 kali dalam bilik, tandas asrama oleh rakan sebilik

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments