Wartawan hiburan tanah air bercuti di London meninggal dunia

Wartawan hiburan tanah air bercuti di London meninggal dunia.

Wartawan hiburan, Fiza Kamarudin dilaporkan kritikal selepas tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.

Susulan itu Fiza, 40, atau nama sebenar Siti Nor Hafiza Kamarudin kini dirawat di Hospital Charing Cross.

Difahamkan, kejadian berlaku beberapa jam sebelum Fiza bersama keluarga berlepas pulang ke tanah air.

Sehubungan itu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) melancarkan tabung kecemasan bagi membantu memudahkan urusan Fiza.

Presidennya, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, inisiatif melancarkan tabung khas itu selepas mendapat persetujuan daripada suami Fiza iaitu Mohd Roshdi.

“WHAM mengambil kesempatan ini dengan mengalu-alukan semua pihak bagi membantu sahabat kita ini yang sedang memerlukan. Biarpun sedikit tetapi ia sungguh bermakna dan dihargai.“Kami juga mengalu-alukan sumbangan rakan artis dan mana-mana pihak yang pernah bekerjasama dengan Fiza sepanjang kerjaya mereka. Memandangkan kita belum tahu berapa lama lagi Fiza perlu mendapatkan rawatan di sana dan bilakah dia akan dibawa pulang ke Malaysia, sudah pasti keluarganya memerlukan bantuan dan sokongan kewangan.

“WHAM merakamkan jutaan terima kasih dan semoga urusan Fiza dipermudahkan di sana. Semoga doa kita untuk kesembuhan sahabat kita itu dimakbulkan,” katanya.

Fiza juga wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.

Dia bersama suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik sebelum ini, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza bercuti atas permintaan beliau sendiri.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun Maybank 5620 2169 1966 atas nama Mohammad Sudirman (Penolong Setiausaha WHAM).

Baca Lagi:Klinik haiwan promosi pembedahan ubah telinga haiwan peliharaan seperti ‘Mickey Mouse’ serendah RM194Sanggup berhabis ratusan ribu bina taman tema air di belakang rumah demi anak-anakUlar sawa batik nama ‘Cik Kiah’ berat lebih 220kg ditemui mati

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments