Beli tayar kereta jangan ikut ‘brand’ je, ini yang perlu anda tahu 3T pada tayar kereta

Beli tayar kereta jangan ikut ‘brand’ je, ini yang perlu anda tahu 3T pada tayar kereta.

Tayar merupakan satu komponen penting bagi sebuah kereta. Tanpanya, kereta yang dikuasakan dengan enjin turbo juga tidak mampu bergerak ke mana-mana.

Pemilihan tayar amat penting bagi memastikan pengalaman pemanduan yang lancar.

Bukan itu sahaja, penggunaan tayar yang tepat juga dapat mengelakkan tayar daripada merekah, gelembung, bergegar, cepat botak dan sebagainya.

Sebagai seorang pemandu, perlu mengetahui serba sedikit mengenai jenis-jenis tayar yang sesuai untuk digunakan. Lebih-lebih lagi ia juga bergantung dengan cara penggunaan pemandu

Oleh itu, setiap tayar dibekalkan dengan pelbagai ciri dan kod termasuk 3T. Apa itu 3t? Mungkin masih ramai terlepas pandang tentang perkara.

Jadi, SK hari ini akan berkongsikan maksud 3T pada tayar kereta yang disampaikan oleh Pakwee di akaun TikToknya.

Apa Itu 3T?

Sekiranya anda perasan, terdapat 3T yang tertera pada permukaan sisi tayar kenderaan. 3T merujuk kepada Treadwear (kadar kehausan), Traction (daya tarikan) dan Temperature (suhu).

Treadwear (kadar kehausan)

Treadwear (kadar kehausan) merujuk kepada tahap kekerasan sesuatu tayar berkenaan. Jika anda melihat pada sebelah tulisan treadwear turut disertakan nombor yang berfungsi mengukur tahap kekerasan tayar.

Jika nombor treadwear adalah rendah, ia bermakna tayar itu lembut dan mampu mencengkam jalan dengan baik. Manakala nombor treadwear tinggi pula merujuk kepada tayar yang lebih keras.

Jelas Pakwee, kereta harian tidak digalakkan untuk menggunakan nombor treadwear tinggi kerana ia berkemungkinan tidak mencengkam permukaan jalan. Kebanyakan tayar jenis ini digunakan oleh kenderaan berat.

Untuk kereta harian, dia menyarankan treadwear dalam lingkungan 280 hingga 400.

Traction (daya tarikan)

Bagi traction (daya tarikan), ia terbahagi kepada empat kategori. Kategori tersebut adalah AA, A, B dan C. Traction (daya tarikan) adalah kebolehan pengawalan tayar sewaktu jalan basah atau hujan.

Dalam klip berkenaan, pakwee memberitahu untuk pemandu memilih tayar yang mempunyai kategori traction (daya tarikan) A dan AA. Ia bagi memastikan kawalan tayar kereta sewaktu hujan lebih terjamin dan selamat.

Temperature (suhu)

Manakala temperature (suhu) pula mempunyai tiga kategori iaitu, A B dan C. Menurut Pakwee, temperature (suhu) pada tayar berfungsi sebagai ketahanan dan tempoh yang yang diambil oleh tayar itu untuk membuang suhu panas.

Dia menyarankan pengguna agar memilih tayar mempunyai Temperature (suhu) kategori A.

@pakwee_oe Pilih Tayer igat 3T ni🔊🔊🔊 #pakwee #makwee #utkkomeajerr #kereta #car #tips #batugajah #batugajahperak #perak #ipoh #ipohperakmalaysia #carcar #tayar #tayer ♬ Presentation – FlyFlyMusicBaca Juga:Tip pam angin tayar kereta dengan betul, lihat pelekat pada pintu keretaRamai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnya“Tiru sebijik” – Khairul Aming ambil tindakan terhadap penjual Sambal Nyet ciplak

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments