Bekas juara dunia berbasikal didakwa bunuh isteri

Bekas juara dunia berbasikal didakwa bunuh isteri.

Bekas juara dunia berbasikal, Rohan Dennis didakwa menyebabkan kematian isterinya, bekas atlet Olimpik, Melissa Dennis.

Dennis, 33, didakwa melanggar isterinya dengan kereta di Medindie, Australia Selatan sekitar jam 8 malam pada Sabtu.

Melissa, 32, dikejarkan ke hospital dengan kecederaan parah dan meninggal dunia sejurus kemudian.

Menurut jiran, pasangan dengan dua anak itu berpindah ke Avenel Gardens Road seminggu lalu.

Salah seorang jiran mereka berkata: “Kami tidak pernah melihat insiden sebegini di jalan ini. Ia sangat mengerikan.”

Pasangan berkenaan adalah jaguh berbasikal Australia, dengan Rohan memenangi perak Olimpik pada tahun 2012 dan gangsa pada tahun 2020.

Melissa terlepas kedudukan pingat pada Olimpik 2012 tetapi memenangi emas berpasukan untuk acara kejar-mengejar wanita di Kejohanan Dunia 2015.

Pada tahun sama, Rohan memecahkan rekod untuk jarak paling jauh dicapai dalam tempoh sejam dan mendahului Tour de France selepas memenangi peringkat pertama ujian masa individu. Dia bagaimanapun menamatkan jelajah di luar kelompok 100 terbaik.

Rohan dianugerahkan pingat Sir Hubert Opperman dan trofi untuk atlet berbasikal serba boleh Australia pada tahun 2015.

Enam hari sebelum kejadian, Rohan memuat naik gambar mereka sekeluarga di hadapan pokok Krismas.

Perbicaraan akan berlangsung di Mahkamah Majistret Adelaide pada 13 Mac.

Baca Juga:Kisah pokok pinang berwajah aneh seperti manusia pernah menjadi bualan ramaiPenyampai berita Turkiye dipecat kerana peraga cawan ‘Starbucks’ ketika liveLelaki demam tiga hari selepas terkejut melihat buaya merangkak naik ke tebing ketika memancing

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments