Duda dicekup berkhalwat dengan janda bawa dua anak di hotel di Nilai

Duda dicekup berkhalwat dengan janda bawa dua anak di hotel di Nilai.

Seorang duda yang mendaftar masuk di sebuah hotel bersama janda dan dua anak wanita itu dicekup berkhalwat di sebuah hotel dekat Bandar Baru Nilai, di sini, ketika malam Tahun Baharu, awal pagi tadi.

Pasangan itu antara enam yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam operasi selama dua jam di sekitar daerah itu.

Difahamkan, wanita berusia 36 tahun dari Seremban itu mendakwa datang ke Nilai untuk membawa dua anak lelaki berusia enam dan 10 tahun untuk meraikan sambutan Tahun Baharu bersama teman lelakinya.

Ketika serbuan, wanita berusia 36 tahun berkenaan memaklumkan penguat kuasa JHEAINS hanya bermalam di bilik hotel itu dengan dua anaknya sebelum pemeriksaan lanjut menemukan seorang lelaki tidak berbaju berusia 40 tahun di dalam tandas.Menurut wanita itu, dia dalam proses untuk berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Jempol itu dan mengenalinya sejak dari 2006.

Katanya, dia memang berat hati untuk bermalam di hotel berkenaan, namun melihat kepada keadaan dua anaknya yang mulai mengantuk, mereka memutuskan untuk menginap di situ.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, antara yang ditahan adalah golongan belum berkahwin berusia 20-an dan 30-an.

“Dalam operasi ini juga kami berjaya menahan duda dengan seorang wanita berstatus janda. Ketika ditahan kerana berkhalwat, terdapat dua kanak-kanak turut berada di lokasi, difahamkan anak kepada wanita itu.

“Terdapat juga pasangan yang dicekup terdiri daripada lelaki warga Bangladesh bersama wanita tempatan berusia 24 tahun,” katanya ketika ditemui sejurus operasi tamat jam 3 pagi.

Ahmad Zaki berkata, apa yang mengejutkan adalah penemuan kondom dan kesan darah pada tilam, tuala dan tisu di bilik berkenaan kerana difahamkan wanita itu didatangi haid.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Penguat Kuasa JHEAINS untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992,” katanya.

Mengulas mengenai pencegahan kegiatan maksiat, Ahmad Zaki berkata, pihaknya memberi fokus operasi ketika malam sambutan seperti Tahun Baharu, ambang merdeka dan hari Valentine selain pemeriksaan rutin biasa.

“Operasi seperti ini akan dijalankan dari masa ke semasa bagi mencegah umat Islam daripada terjebak dengan kesalahan yang melanggar hukum syariah sekali gus membawa kesan lebih buruk mengandung luar nikah dan buang bayi,” katanya.

Sumber

Baca Juga:

Merayap jauh sangat sampai tak tahu jalan pulang, aksi kucing pegang pinggang tuan naik basikal buat netizen terhiburMercedes Benz elektrik terbakar ketika dicas dekat ‘showroom’ TampoiGuru wanita digantung tugas selepas gambar cium pelajar lelaki tular

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments