Mandi pakai tudung, wanita hampir lemas di Lata Sedim berjaya diselamatkan lelaki

Mandi pakai tudung, wanita hampir lemas di Lata Sedim berjaya diselamatkan lelaki.

Tindakan pantas seorang lelaki berjaya menyelamatkan seorang wanita yang hampir lemas ketika mandi di sebuah taman rekreasi.

Menerusi sebuah video berdurasi 38 saat yang dikongsi di aplikasi X, individu berkenaan pada mulanya hanya merakam suasana di taman rekreasi tersebut sebelum detik-detik mencemaskan itu berlaku.

Seorang wanita dilihat terkapai-kapai sebelum seorang lelaki bertindak pantas berenang untuk menyelamatkan mangsa.

Difahamkan kejadian mencemaskan itu berlaku di Lata Sedim, Kedah.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan pantas lelaki terbabit.

📍Sungai / Lata Sedim, Kedah.

Kejadian hampir lemas. Kebetulan kawan dia tengah record. Mujur Ada yg perasan. pic.twitter.com/WI5J9zUPy0

— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) January 1, 2024

“Mujur abang tu nampak sebab orang lemas memang susah hendak menjerit, bukan macam dalam filem boleh menjerit minta tolong,” kata Sue.“Adik aku pernah hampir lemas di Lata Sedim, sejak kejadian itu tidak pernah mandi dekat kawasan lata lagi,” kata Jemah.“Kalau tak pandai berenang, janganlah berani ke tengah. Nasib baik ada orang boleh selamatkan,” tegur Qis.

“Bahaya pakai tudung kain untuk berenang memang kalau tekup muka udara susah masuk dan berat sebab air. Bayangkan letak baju basah atas kepala masa tenggelam. Tolonglah nak main air sungai ke kolam ke pakai tudung khas untuk berenang,” kata Amirul.

Sehingga kini video tersebut sudah mendapat 11,000 tontonan.

Baca Juga:Misteri kewujudan ‘rambut’ pada tayar kenderaan yang masih ramai tak tahuGuru transformasi kelas jadi ‘kediaman mewah’ dapat pujian ibu bapaSewa 2 trak kuda untuk aktiviti tepi pantai, Intan Najuwa kongsi percutian bersama suami di New Zealand buat ramai terpegun

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments