Tikus pun dah rosak sekarang, selamba ‘healing’ atas cermin sisi kereta

Tikus pun dah rosak sekarang, selamba ‘healing’ atas cermin sisi kereta.

Sebuah klip video tular di media sosial Singapura memaparkan situasi seekor tikus berpaut pada pintu sebuah kereta ketika kenderaan itu sedang bergerak laju.

Laman berita Mothership melaporkan, rakaman itu dimuat naik di media sosial kelmarin. Kejadian itu berlaku ketika kereta tersebut dipandu di kawasan kejiranan Boon Lay Avenue.

Tikus itu dilihat memanjat tingkap sebelah pemandu, namun ia tidak dapat memasuki kereta tersebut kerana cermin tertutup rapat.

Ia kemudian bergelut dengan angin kuat sebelum memanjat cermin sisi pada pintu kereta tersebut untuk mengelak daripada terjatuh.

“Bukan sahaja ada lipas di dalam kereta, malah sekarang ada tikus. Ia tidak jatuh walaupun kereta dipandu laju. Jika saya tekan brek, adakah ia akan jatuh?” kata pemandu kereta tersebut.Pemandu itu kemudian menekan brek seketika dan tikus itu terjatuh.

Baca Juga:Penyamun guna parang panjang samun lelaki baru lepas keluar duit dari bank di KlangLelaki kongsi pengalaman bertemu ‘Awang Kenit’ di hutan Ulu TembelingSuami layan ‘dating apps’ ditipu janda RM15,000

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments