“Pengotor betul, macam tu je dia berak” – Pelancong wanita selamba buang air besar luar homestay di Cameron Highlands dikecam

“Pengotor betul, macam tu je dia berak” – Pelancong wanita selamba buang air besar luar homestay di Cameron Highlands dikecam.

Menerusi video yang dikongsikan di Twitter (X), kelihatan kedua-dua orang pelancong wanita tersebut pada mulanya berjalan dipercayai di belakang sebuah homestay yang terletak di Kea Farm, Cameron Highland, Pahang.

Harus diakui, Malaysia mempunyai keunikan dari segi destinasi pelancongan sedia ada di negara ini.

Sebut sahaja ke mana destinasi pelancongan yang anda mahu pergi, mahu ke pulau? Bercuti di hutan simpan atau ke kawasan yang sejuk? Segalanya ada di Malaysia.Keunikan dan kepelbagaian inilah yang turut menarik minat pelancong luar negara untuk berkunjung ke negara ini berbanding negara asia yang lain.

Namun, ada di antara pelancong luar yang dilihat mengambil kesempatan dan mencemarkan kebersihan terutamanya di lokasi tumpuan pelancong.

Pelancong Buang Air Besar Di Belakang Homestay

Terbaharu, tular di Twitter (X) video seorang pelancong wanita melakukan perbuatan keji dengan membuang air besar di tengah jalan.

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang wanita dipercayai pelancong dari China yang membuang air besar di pekarangan sebuah ‘homestay’ di Kea Farm di sini baru-baru ini mengundang kemarahan penduduk tempatan. pic.twitter.com/0NVBQcZ7KV

— @ (@anthraxxx781) January 2, 2024

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di akaun @anthraxxx781, kelihatan kedua-dua orang pelancong wanita tersebut berjalan dipercayai di belakang sebuah homestay yang terletak di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang.

Pada mulanya, kedua-dua wanita berkenaan dilihat berjalan seperti biasa dan seolah-olah mencari sesuatu.

Namun, tindakan seorang wanita terus mencangkung dan membuang air besar di tengah jalan itu nyata menarik perhatian warganet yang melihat.

Malah, rakan wanita berkenaan dilihat membantu wanita tersebut dengan menutup bahagian belakang rakannya ketika wanita itu membuang air besar.

Mereka kemudiannya dilihat membiarkan sahaja najis berkenaan di tengah jalan dan berlalu pergi tanpa berusaha untuk mencuci sisa najis tersebut.

Menurut netizen, pelancong berkenaan dipercayai dari China.

Video Undang Kecaman Netizen

Video itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka geram dan marah dengan tindakan pelancong tersebut yang selamba membuang air besar di tengah-tengah jalan.

Malah, ada yang pelik dengan tindakan wanita berkenaan yang tidak segan silu membuang air besar tanpa berusaha untuk mencari tandas berhampiran.

Berikut antara komen warganet:

“Pengotor Betul, Macam Tu Je Dia Berak”

“Senangnya Perjalanan, Rasa Nak Berak, Berhenti Terus Cangkung”

“Binatang Pun Berak Cari Tanah, Gali Kais Tutup”

Baca Juga:Walaupun duit Malaysia tengah lemah, ini senarai 5 negara yang boleh pergi melancong dengan tenangSewa 2 trak kuda untuk aktiviti tepi pantai, Intan Najuwa kongsi percutian bersama suami di New Zealand buat ramai terpegunLelaki demam tiga hari selepas terkejut melihat buaya merangkak naik ke tebing ketika memancing

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments