Samseng jalanan rempuh gerai makan tepi jalan setelah dikepung polis

Samseng jalanan rempuh gerai makan tepi jalan setelah dikepung polis.

Seorang penunggang motosikal dipercayai terlibat lumba haram merempuh kerusi dan meja pelanggan kedai makan di Jalan Pinggir, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang, dekat sini ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya telah mengesan penularan satu rakaman video dalam media sosial berdurasi 22 saat berkenaan insiden tersebut.

Beliau berkata, ketika kejadian jam 3 pagi pada Isnin, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan menjalankan Operasi Ambang Tahun Baharu 2024 dengan menumpukan kepada aktiviti samseng jalanan di kawasan tersebut.

Menurutnya, semasa operasi dijalankan, anggota petugas ditempatkan di lokasi-lokasi persimpangan tertentu bagi tujuan penutupan jalan supaya kumpulan samseng jalanan tidak dapat meloloskan diri.

“Beberapa buah motosikal berkuasa tinggi digunakan bagi menggempur lokasi tersebut yang dikenal pasti digunakan oleh kumpulan samseng jalanan untuk bersaing sesama sendiri bagi menguji kelajuan motosikal masing-masing.“Kehadiran pihak polis menyebabkan samseng jalanan menjadi cemas dan kelam kabut untuk cuba meloloskan diri daripada ditahan.

Kes di Port Klang malam tadi.. Habis meja orang tengah makan dia langgar.. 🤔 pic.twitter.com/qDkJt09mw9

— Jalal Misai (@jllmisai) January 1, 2024

“Sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang oleh seorang lelaki secara laju dan berbahaya telah memasuki lorong kiri bersebelahan Persiaran Raja Muda Musa, seterusnya melanggar kerusi dan meja pelanggan di hadapan sebuah kedai makan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hoong Fong berkata, pihak polis cuba menghalang penunggang motosikal tersebut, namun lelaki itu dapat meloloskan diri dan berlaku kejadian seperti apa di dalam video tular.

Menurut beliau, penunggang motosikal tersebut berjaya menghilangkan diri ke arah Jalan Kem, Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan berlaku kepada orang awam atau mana-mana pihak polis yang bertugas.

Sehubungan itu menurutnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” ujarnya.

Baca juga:Zahid sah terima laporan risikan sebelum, selepas pertemuan ‘Langkah Dubai’Pesawat Japan Airlines terbakar ketika mendarat selepas bertembung dengan pesawat pengawal pantaiWalaupun duit Malaysia tengah lemah, ini senarai 5 negara yang boleh pergi melancong dengan tenang

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments