Cikgu kantoi kutuk pelajar OKU dalam group WhatsApp, bapa pelajar OKU sempat ‘screenshot’ lapor kepada KPM

Cikgu kantoi kutuk pelajar OKU dalam group WhatsApp, bapa pelajar OKU sempat ‘screenshot’ lapor kepada KPM.

Baru-baru ini tular satu tangkap layar menunjukkan seorang cikgu tersalah menghantar mesej di dalam WhatsApp Group. Mesej tersebut menunjukan cikgu terbabit mengutuk seorang pelajarnya yang kelainan upaya (OKU).

Bapa pelajar OKU itu, Fezan Ray sempat screenshot mesej cikgu terbabit yang mengutuk anaknya memaklumkan tidak mempunyai pilihan selain memindahkan anaknya ke sekolah yang menyediakan kemudahan bagi murid keperluan khas.

“Saya tidak bersetuju apabila mereka merendahkan orang lain. Kita tiada pilihan apabila mempunyai ‘anak syurga’, tetapi mereka mempunyai pilihan dalam memilih profesion,” katanya merujuk kepada sekolah pendidikan khas di Tuaran.

Memetik Berita Harian, Ean dilahirkan pramatang dan menjalani banyak prosedur perubatan, selain didiagnos dengan gangguan spektrum autistik pada usia tiga tahun manakala disahkan hiperaktif dan kurang daya tumpuan pada usia enam tahun.

“Buat masa ini, Ean akan kekal di sekolah itu kerana bukan mudah untuk mencari tempat lain yang menyediakan kurikulum pendidikan khas.“Selepas 24 jam hantaran itu dikongsi di media sosial, cikgu itu meminta maaf kepada saya dan mereka juga mahu menyelesaikan isu terbabit.

“Namun saya tidak mahu menyelesaikannya secara peribadi sebaliknya sudah merujuk kes ini kepada Kementerian Pendidikan melalui platform dalam talian,” katanya kepada New Straits Times.

Difahamkan oleh kerana gagal mencapai jalan penyelesaian sebagaimana diharapkan, Fezan berkata, cikgu itu turut mengemukakan satu laporan polis terhadapnya.

Baca juga:Peniaga R&R Perasing berdepan tindakan undang-undang setelah wanita maut makan sandwich beracunTerbabas dalam longkang besar, wanita berpaut pada Myvi diselamatkan dua lelakiArwah Hamdan Senario sebenarnya tidak ‘ditidurkan’, ini panjelasan Dr. Malar

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments