Pekerja berani baling batang besi, perompak tak jadi samun terus cabut lari

Pekerja berani baling batang besi, perompak tak jadi samun terus cabut lari.

Tindakan berani seorang pengurus kedai emas membaling batang besi ke arah lelaki yang cuba melakukan samun berjaya menyelamatkan barangan kemas di premis tersebut dalam kejadian di Dataran Palma, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek yang dipercayai bersenjatakan pistol palsu bertindak melarikan diri selepas gagal melakukan samun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, ketika kejadian pengurus kedai emas itu sedang mengemas untuk memulakan perniagaannya.

“Tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki yang datang ke arah kaunter kedai dan mengacukan objek menyerupai pistol disyaki palsu ke arah mangsa.

“Suspek turut menyerahkan satu beg kain kepada pengurus itu untuk memasukkan emas namun tindakan berani mangsa membaling batang besi ke arah suspek berjaya menggagalkan kejadian cubaan samun itu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Berdasarkan siasatan pada kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi kejadian, suspek seorang lelaki bertubuh gempal, dengan ketinggian dianggarkan lima kaki, lima inci (165.10 sentimeter) dan berusia awal 40-an.

Video tular, seorang penjenayah bersenjata pistol berputih mata selepas gagal menyamun kedai emas di Dataran Palma, pagi tadi. pic.twitter.com/LliNWWtOvF

— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 8, 2024

“Usaha mengesan saksi bebas di lokasi kejadian juga sedang dijalankan bagi mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta memberikan kerjasama untuk menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran atau kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu, Asistan Superintenden Suddin Tjinke di talian 017-4881755.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan sebat,” tegasnya.

Baca Juga:Wanita dibunuh kejam! mayat tanpa kepala, kaki tangan ditemui dalam tong sampahMalaysia melakar sejarah muncul negara pertama lakukan ujian klinikal ke atas manusiaCikgu kantoi kutuk pelajar OKU dalam group WhatsApp, bapa pelajar OKU sempat ‘screenshot’ lapor kepada KPM

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments