Pengunjung risau tengok harimau putih di Zoo Melaka, gelisah macam ada sesuatu, ini respon MPHTJ

Pengunjung risau tengok harimau putih di Zoo Melaka, gelisah macam ada sesuatu, ini respon MPHTJ.

Menurut Yang Dipertua MPHTJ, harimau putih yang diberi nama Elsa itu kurus akibat mengalami beberapa masalah kesihatan sejak berada di Zoo Melaka pada tahun 2019.

Semalam (7 Januari), kecoh di TikTok mengenai dakwaan seorang pengguna yang menyatakan seekor Harimau Putih Bengal di Zoo Melaka kurus akibat kelaparan.

Pemilik akaun @n.zalikha1 itu turut mendakwa bahawa haiwan berkenaan kelihatan gelisah dan meminta pihak berwajib memulangkan harimau tersebut ke habitat asalnya.

Video yang dikongsikan itu nyata mendapat perhatian warganet hingga kebanyakannya menyokong cadangan wanita berkenaan.

MPHTJ Jawab Dakwaan, Anggap Ia Satu Tuduhan Tidak Berasas

Mengulas lanjut mengenai dakwaan itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron, menolak dakwaan yang dinyatakan oleh wanita berkenaan. Beliau turut menyifatkan ia sebagai satu tuduhan yang tidak berasas.

Menurut Sapiah, harimau yang diberi nama Elsa itu kurus akibat mengalami beberapa masalah kesihatan sejak berada di Zoo Melaka pada tahun 2019.

Hasil pemantauan veterinar mendapati, Elsa menghadapi masalah tulang belakang (bone deformities), skor badan rendah (low body score) dan tingkah laku.

“Tuduhan dan kenyataan yang menyatakan Elsa kelaparan adalah tuduhan tidak berasas dan mengecewakan kerana pemberian makanan kepada 300 spesis haiwan di sini direkodkan setiap hari.

“Bagi Elsa pula terpaksa melalui diet apabila hanya lima kilogram (kg) ayam diberikan setiap hari. Kalau berat badannya berlebihan ia tidak boleh berjalan.

“Perkara yang kita bimbangkan, jika terlalu berat ia boleh menjejaskan tulang belakang dan punggung. Kalau kita lihat ia berjalan tidak sempurna.

“Selain itu Elsa menghadapi masalah rahang yang menyukarkannya untuk makan,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Harimau Putih Telah Hadapi Masalah Kesihatan Sejak Dilahirkan

@n.zalikha1 #fyp ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah IntanJelas Sapiah, Elsa yang dilahirkan di Zoo Sunway Lagoon sememangnya menghadapi masalah kesihatan sejak lahir dan dipantau rapi oleh penjaga serta unit veterinar sejak berada di Zoo Melaka.

Manakala, bagi beberapa ekor harimau lain yang dikenali sebagai Sofia, Damak dan Tommy dikategorikan sebagai obesiti oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Rutin harian terhadap Elsa menjalani pemeriksaan fizikal jika terdapat luka, keadaan kuku, bulu, bendalir asing, pemakanan dan pembersihan kandang.

“Selain pemeriksaan fizikal, pengambilan sampel-sampel dihantar ke makmal untuk disaring dan diuji untuk mengetahui penyakit yang mungkin dihadapi Elsa,” jelasnya lagi.

Baca Juga:Penduduk Kampung Merang gempar ratusan cacing keluar dari tanahSudahlah menyewa percuma selama empat tahun, bil elektrik pula dibiarkan tertunggak sehingga RM21,000Peniaga R&R Perasing berdepan tindakan undang-undang setelah wanita maut makan sandwich beracun

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments