Atlet gembira naik gaji, ada KWSP, ucap terima kasih Hannah Yeoh

Atlet gembira naik gaji, ada KWSP, ucap terima kasih Hannah Yeoh.

“Akhirnya penantian kami berakhir, terima kasih Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan)”.

Itu reaksi rata-rata atlet di bawah Program Podium yang akan menikmati kenaikan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula bulan ini.

Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, berkata atlet sememangnya sudah lama memperjuangkan perkara itu dan akhirnya ditunaikan oleh Hannah.

“Sebelum ini seperti tidak terjamin. Sangat bertuah buat atlet muda sebenarnya dan ini menunjukkan industri sukan negara ada perubahan.

“Menteri yang melakukan perubahan kepada sukan negara kita hanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Hannah, kita harus akuinya. Mereka membuktikannya bukan sekadar cakap. Kita nampak mereka ada melakukan perubahan buat sukan negara.

“Sudah tentu saya gembira. Sekurang-kurangnya atlet muda masuk ada sesuatu yang terjamin walaupun tak banyak.

“Sekarang situasi menang-menang, bagus benda ini dan saya gembira. Apa yang dibuat oleh menteri membuatkan saya menghormati dan berterima kasih kepadanya.

“Walaupun dalam tempoh singkat beliau memegang jawatan banyak perkara dilakukan untuk sukan, beliau cuba yang terbaik buat kami,” kata pemenang enam pingat emas Sukan SEA itu.

Sementara itu, ratu wushu negara, Tan Cheong Min, mengakui sebelum ini mereka berasa kurang stabil dan sedikit bahaya namun pengumuman berkenaan sedikit-sebanyak sangat melegakan kerana ada jaminan.

“Kami memikirkan mengenai masa depan dan berada dalam keadaan kurang stabil. Sebelum ini dalam kontrak kami hanya dijanjikan elaun, agak sukar untuk membuat pinjaman rumah, kereta. Sekarang sudah tukar dari elaun kepada gaji ia adalah satu berita baik.“Sekurang-kurangnya kami ada jaminan kalau ada apa-apa berlaku. Gaji berdasarkan keputusan kejohanan sudah tentu ada naik dan turun, KWSP akan menjadi sebagai satu jaminan maknanya kami bekerja dengan melakukan apa yang kami minat dalam masa sama terjamin masa depan,” katanya.Bagi atlet memanah para pula, Jannaton Abdul Jalil, dia berasa sangat gembira dan teruja dengan apa yang diumumkan Hannah semalam di Majlis Sukan Negara (MSN).

“Saya rasa masa depan lebih terjamin dengan adanya caruman KWSP. Dengan itu, kami para atlet akan lebih bersemangat untuk meneruskan latihan dan mmberikan persembahan terbaik di setiap kejohanan akan datang,” katanya.

Semalam, Hannah mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium kini ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.

Katanya, seramai 393 atlet termasuk atlet para berada di bawah program berkenaan sekali gus menerima caruman KWSP dan PERKESO yang bakal memberi impak kewangan sebanyak RM16 juta setahun kepada MSN.

Gaji Atlet

Program Podium Sukan Olimpik: Emas (RM7,500), Perak (RM7,000), Gangsa (RM6,500)

Sukan Asia/Komanwel: Emas (RM5,200), Perak (RM4,700), Gangsa (RM4,200)

Kejohanan Dunia: Emas (RM4,200), Perak (RM3,700), Gangsa (RM3,200)

Kejohanan Asia/Komanwel: Emas (RM3,200), Perak (RM2,700), Gangsa (RM2,200)

Sukan SEA: Emas (RM2,700), Perak (RM2,200), Gangsa (RM1,700)

Baca Juga:Budak tadika beri jongkong emas bernilai RM70,000 kepada rakan sekelas sebagai ‘hadiah pertunangan’Wanita dikecam warganet gara-gara lepaskan ratusan ikan hiasan ke dalam sungaiKomet ‘bertanduk’ saiz lebih besar daripada Gunung Everest sedang bergerak menghampiri Bumi

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments