Geng ‘Basikal’ keras kepala tetap mahu duduk di Koc wanita undang pertikaian netizen

Geng ‘Basikal’ keras kepala tetap mahu duduk di Koc wanita undang pertikaian netizen.

Ramai sedia maklum terdapat beberapa koc di dalam MRT yang diwartakan untuk wanita sahaja. Inisiatif sudah berjalan sejak tahun lalu lagi namun masih ada segelintir individu lelaki berkeras kepala tetap mahu duduk di koc khas tersebut.

Seorang pengguna di platform X berkongsi satu mesej yang diterima dimana mana memperlihatkan salah laku sekumpulan individu memenuhi ruang koc wanita di dalam MRT tanpa segan silu.

Menerusi gambar terbabit, dapat dilihat sekumpulan lelaki bukan sahaja memenuhi ruang tempat duduk itu bahkan menghalang laluan dengan meletakkan basikal masing-masing.

Ternyata, hantaran tersebut telah mengundang pertikaian netizen kerana menyalah gunakan kemudahan yang telah diwartakan buat wanita sahaja di samping tidak menyusun basikal dengan teratur di tempat yang bersesuaian.

“Hobi kami mahal…(suka hati kami nak duduk mana….itu jawapan bila aku cakap dengan geng-geng macam ni) Bila cakap nanti tegur marah. Geng-geng macam ni baik kena viral setiap sorang bagi ada akal sikit,” luah seorang pengguna yang geram dengan segelintir individu sebegini.“Nak bawa basikal tapi jangan la halang laluan,” ujar seorang pengguna lain.

“Yang salahnya guna koc wanita,” kata seorang pengguna yang juga tidak bersetuju dengan salah guna koc terbabit oleh golongan lelaki.

“Ye pedoq, semalam terjadi memang marah aku. Ok boleh je bawa basikal tiada masalah tapi ni duduk koc wanita selepas itu memenuhi semua tempat tu. Kau buta huruf ke b**** tak boleh baca(kumpulan basikal)? Memang orang bawa basikal ni tertinggal otak akal tepi jalan sebelum baik MRT eh?,” kongsi seorang pengguna MRT wanita yang geram ke atas perkara yang dialami.Ada yang turut berkongsi tentang bagaimana rakyat Jepun memang dibenarkan bawa basikal ke dalam kereta api namun akan disusun rapi bagi memudahkan orang lain untuk bergerak.

Untuk makluman, anda memang dibenarkan membawa basikal ke dalam MRT pada hari Sabtu dan Ahad. Namun, ia bukanlah satu tiket buat anda meletakkan basikal sesuka hati ketika berada di dalam koc MRT.

Baca Juga:Petugas Agensi Pengangkutan berpaut pada cermin kereta sejauh 6 km setelah dirempuh pemandu Toyata AvanzaMimpi ada emas tertimbus di bawah lantai dapur rumah, lelaki maut selepas terjatuh dalam lubang sedalam 4 meter yang digaliBudak tadika beri jongkong emas bernilai RM70,000 kepada rakan sekelas sebagai ‘hadiah pertunangan’

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments