Tak sampai 2 jam, tiket konsert Siti Nurhaliza di Singapura ‘sold out’

Tak sampai 2 jam, tiket konsert Siti Nurhaliza di Singapura ‘sold out’.

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nuhaliza sekali lagi mencatat sejarah apabila tiket Konsert Fenomena Datuk Sri Siti Nurhaliza Live In Singapore yang bakal diadakan pada 29 Jun depan habis terjual dalam tempoh kurang dua jam.

Ketua Pegawai Eksekutif SAH Entertainment yang juga penganjur konsert penyanyi Sufi Rashid berkata, pihaknya tidak menjangka tiket konsert habis dalam waktu yang singkat.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peminat setia Datuk Sri Siti Nurhaliza. Anda memang terbaik.“Difahamkan, ketika jualan tiket mula dibuka seramai 4,000 yang sudah ‘que’ dalam talian. Secara keseluruhan sehingga tiket habis dijual ada dalam 8,000 yang ‘que’. Sampai sistem pun jadi ‘jammed’,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sufi, pihaknya juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Siti Nurhaliza atas kepercayaan diberikan.

“Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza serta pasukan beliau atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menjayakan Fenomena Datuk Sri Siti Nurhaliza Live in Singapore. Akan kami galas tanggungjawab besar ini dengan penuh amanah dan keikhlasan.“Kepada 5,000 SAHabats dan Sitizoners yang sanggup beratur dalam talian demi mendapatkan tiket, kami terharu atas kesungguhan kalian. Sesungguhnya cinta kalian untuk Tokti cetus fenomena luar biasa. Kami akan pastikan konsert nanti akan menjadi memori yang indah dan mencetus fenomena luar biasa untuk semua,” katanya.

Sementara itu, Siti dalam catatan ringkas di Instagram meluahkan kesyukuran atas kejayaan itu.

“Alhamdulillah, tiket konsert di Singapura sudah habis terjual. Kita jumpa di Konsert Fenomena nanti,” katanya.

Terdahulu, pada Disember lalu tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual ‘sold out’ dalam masa dua jam selepas kaunter pembelian dibuka.

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza akan berlangsung pada 9 Mac depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Baca Juga:“Sedihnya, mufti pula yang minta maaf “- Permohonan maaf Mufti Pulau Pinang terhadap Siti Nurhaliza undang pertikaian netizen“Mereka minta bukti benarkah rumah ini milik rakan saya” – Lelaki terkejut rumah rakan yang kosong 10 tahun didiami warga asingSuami beli patung seks kerana isteri tolak hubungan intim tak mahu mengandung

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments