Tangisan ‘abang rambut perang’ berbaloi, sanggup jual motorsikal cari dana ke Qatar

Tangisan ‘abang rambut perang’ berbaloi, sanggup jual motorsikal cari dana ke Qatar.

Penyokong skuad Harimau Malaya yang dikenali sebagai ‘abang rambut perang’ menarik perhatian ramai selepas dilihat menangis ketika meraikan gol kedua pasukan negara pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub, semalam.

Namun, di sebalik kisah abang rambut perang terungkap kisah yang cukup hiba apabila sebenarnya dia terpaksa berkorban wang ringgit termasuk menggadaikan harta kesayangan demi memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya di bumi Qatar.

Abang rambut perang yang dikenali sebagai Derrick Gan sanggup menjual motosikalnya kerana mahu memastikan dana ke Qatar berjumlah ribuan ringgit mencukupi.

“Mencari dana ke Qatar. Malaysia Road to Asia. Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta.

“Kejohanan besar pertama dalam sejarah Malaysia. Ada sesiapa sudi tolong tak?,” katanya dalam hantaran iklan di Facebook miliknya pada Disember lalu.

Pengorbanan yang dilakukan pemuda itu ternyata berbaloi apabila skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya menampilkan aksi luar biasa sehingga mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan E.Hasil tinjauan Arena Metro di media sosial mendapati ramai rakyat Malaysia menghargai apa yang dilakukan oleh Derrick sehingga ada individu yang tampil ingin menghadiahkan sebuah motosikal baharu untuk dirinya.

Terdahulu, reaksi Derrick menangis ketika Malaysia meraih jaringan menjadi tular di media sosial sehingga mendapatkan perhatian daripada peminat bola sepak serta seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia yang tumbang dalam dua aksi awal sebelum ini tampil lebih bertenaga sepanjang 90 minit permainan di mana pada satu ketika anak buah Pan-gon berjaya mendahului dengan 2-1.

Reputasi skuad Taegeuk Warriors selaku pasukan Piala Dunia serta berada di kedudukan ranking ke-23 dunia tidak menggentarkan pemain negara yang tetap berjuang hingga wisel penamat sebelum Romel Morales muncul sebagai penyelamat dengan gol ketiga di masa kecederaan.Kejayaan mengikat Korea Selatan ini sekurang-kurangnya mengubat duka kem negara untuk membawa pulang satu mata daripada edisi ke-18 ini.

Hasil tinjauan Arena Metro di media sosial mendapati ramai rakyat Malaysia menghargai apa yang dilakukan oleh Derrick sehingga ada individu yang tampil ingin menghadiahkan sebuah motosikal baharu untuk dirinya.

Terdahulu, reaksi Derrick menangis ketika Malaysia meraih jaringan menjadi tular di media sosial sehingga mendapatkan perhatian daripada peminat bola sepak serta seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia yang tumbang dalam dua aksi awal sebelum ini tampil lebih bertenaga sepanjang 90 minit permainan di mana pada satu ketika anak buah Pan-gon berjaya mendahului dengan 2-1.

Reputasi skuad Taegeuk Warriors selaku pasukan Piala Dunia serta berada di kedudukan ranking ke-23 dunia tidak menggentarkan pemain negara yang tetap berjuang hingga wisel penamat sebelum Romel Morales muncul sebagai penyelamat dengan gol ketiga di masa kecederaan.

Kejayaan mengikat Korea Selatan ini sekurang-kurangnya mengubat duka kem negara untuk membawa pulang satu mata daripada edisi ke-18 ini.

Baca Juga:Anak skandal tuntut kubur Pele digali semulaHanya bermodalkan RM180, abang ni siapkan penyidai DIY paip PVC buat bini tersayang‘Kau berambus dari hidup aku’ – Zarina Zainuddin

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments