Tun Daim akan didakwa di mahkamah minggu depan – SPRM

Tun Daim akan didakwa di mahkamah minggu depan – SPRM.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dijangka akan didakwa di mahkamah, minggu hadapan.

Ia susulan ahli perniagaan itu sudah dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas beliau dirawat di sebuah hospital swasta.

Ketua PesuruhjayaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihak peguam Daim sudah berhubung dengan pegawai penyiasat agensi berkenaan untuk melaporkan situasi terbaharu bekas menteri itu.

“Apa yang saya faham, beliau dibenarkan keluar awal hari ini. Kini pegawai penyiasat sedang berkomunikasi dengan peguam Daim untuk menetapkan tarikh untuk dia ke mahkamah.“Kemungkinan besar (pendakwaan di mahkamah) minggu depan,” katanya, seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini, di sini hari ini.

Semalam, Azam dilaporkan berkata Daim, sepatutnya sudah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta SPRM,tetapipendakwaan ditangguhkan kerana bekas menteri itu sedang dalam rawatan di hospital swasta atas masalah kesihatan yang tidak dinyatakan.

Kelmarin, isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta.Beliau berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas menteri kanan terbabit sejak minggu lalu, namun kecewa apabila doktor yang merawat Daim yang gagal berterus-terang kepada pegawai penyiasat SPRM, punca sebenar ketidakmampuan hadir di mahkamah.

Azam berkata, tarikh pendakwaan di mahkamah akan didedahkan kepada pihak media selepas mereka semua maklumat itu diperolehi nanti.

Beliau juga berkata, pihaknya tidak mengetahui punca sebenar Daim dimasukkan ke hospital.

“Apa yang lebih penting ialah SPRM sudah boleh menetapkan tarikh untuk kes itu,” katanya.

Baca Juga:Viral abang ‘Kopi Dukung’ pikul tong 20kg, laku 100 cawan sehariPenduduk redah parit 4 hari cari cincin bertatah permata jed bernilai RM670,000Kakak Bella gagal kawal emosi jerit ‘Pembunuh’ setelah keluar dari mahkamah

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments