Lelaki dibelasah separuh mati jalin hubungan dengan isteri orang

Lelaki dibelasah separuh mati jalin hubungan dengan isteri orang.

Seorang lelaki cedera parah akibat dipukul sekumpulan individu selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri orang dekat sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, seorang wanita yang juga kerani berusia 25 tahun bersama rakannya telah berjumpa dengan suspek di sebuah kedai makan.

“Wanita tersebut telah berbincang mengenai isu salah faham melibatkan mangsa yang juga rakan kepada pengadu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Azam berkata, suspek kemudian memukul mangsa sehingga mengakibatkan hidungnya berdarah, sebelum dibawa ke sebuah pondok.

“Suspek kemudian memukul mangsa sehingga dia tidak sedarkan diri. Pengadu telah membawa rakannya itu ke Hospital Selayang untuk rawatan selanjutnya,” katanya.Beliau berkata, pihaknya telah menahan lima individu termasuk tiga wanita berusia 22 hingga 32 tahun secara berasingan dekat sini dan di Taman Puteri Wangsa, Johor Bharu pada Jumaat dan Sabtu.

“Kita turut merampas enam telefon bagi membantu siasatan, semakan lanjut mendapati salah seorang suspek mempunyai sembilan rekod lampau dan satu rekod masih dikehendaki,” katanya.Mohd Azam berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati dan marah terhadap mangsa kerana ingin melarikan isterinya.

“Semakan telefon bimbit suspek mendapati terdapat rakaman video kejadian mangsa dipukul di kawasan Ampang dan Selayang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berusia 24 tahun itu dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di hospital.

“Kita sedang mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan, kesemua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu sehingga Jumaat. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Juga:Tular gambar beri makanan percuma kepada tentera Zionis, Pizza Hut bakal berdepan diboikot masyarakat duniaPelancong bertuah temui berlian asli 7.46 karatDijanjikan labur RM300 untung RM5000, penghantar makanan putih mata rugi RM82,000

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments