Anak belasah ibu kandung dengan kunci stereng kereta sampai patah gigi

Seorang lelaki tergamak memukul ibu kandung sendiri hanya kerana mangsa didakwa meletakkan almari kasut sehingga menghalang laluan ke biliknya dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Muda Cheras di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi ketika mangsa berumur 74 tahun itu sedang tidur.

“Suspek mendatangi mangsa sebelum memukul mangsa menggunakan kunci stereng kereta sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian kepala selain dua gigi mangsa patah.

“Salah seorang anak mangsa kemudiannya bertindak membantu wanita terbabit turut dipukul suspek,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Katanya, suspek yang merupakan pengganggur itu bagaimanapun diberkas polis pada hari sama.

“Suspek diberkas merupakan lelaki tempatan berumur 36 tahun selain saringan dijalankan mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah.“Siasatan mendapati hubungan suspek dan mangsa tidak baik sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Juga:Lembaga mata bercahaya tenung kamera dalam hutan jadi tanda tanyaAnak bongsu tertinggal di R&R Pagoh, pekerja warga Bangladesh baik hati pinjamkan telefon call mak ayahRamai terkesima lihat Cik B tampil imej ‘ Big Boss’ dikelilingi hampir 10 bodyguard

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments